Nuffnag Ads

Friday 29 August 2014

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57 tahun.

Merdeka!...Merdeka!..Merdeka!...

Itu lah laungan dimana ambang kemerdekaan jam 12.01 malam 31.8.2014. Laungan Merdeka!.Merdeka!.Merdeka!. akan bergema lagi. Detik yang akan ditunggu-tunggu oleh semua golongan masyarakat di Malaysia. Agak-agak korang, aku akan pergi menyambuat ambang kemerdekaan tak?..
Jujur ikhlas dari aku, aku tak pernah menyambuat hari kemerdekaan melainkan aku tengok dalam TV sahaja. Sedihkan?..tapi pada aku, dimana sahaja kita nak menyambut merdeka, hati kena ikhlas. Kita warga Malaysia, mesti bersyukur keatas negara kita ketika itu begitu susah untuk memperjuangkan tanah air kita ini. Aku sangat bersyukur memiliki negara yang aman, harmoni pelbagai bilang kaum dan bersatu hati.

Ok, kat sini aku nak berkongsi idea yang kita semua tahu, logo kemerdekaan mempunyai maksud yang tersendiri. Jom lihat logo kemerdekaan ke 57 untuk tahun ini.


Jom baca apa maksud sebalik logo kemerdekaan untuk tahun ke 57.

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 pada tahun ini menampilkan satu keunikan apabila salah satu baris lirik lagu Warisan, 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad dipilih menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57. Logo Hari Kemerdekaan untuk tahun ini dipilih daripada 1,586 hasil ciptaan peserta Pertandingan Mereka Cipta Logo Hari Kemerdekaan ke-57.

Ketika mengumumkan "Logo & Tema Merdeka Malaysia 2014" semasa majlis prapelancaran Hari Kemerdekaan pada 25 Jun 2014, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pemilihan tema daripada lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad itu dapat menyemai dan menyemarakkan semangat cintakan negara ke dalam jiwa rakyat.

"Saya percaya tema itu sangat signifikan bagi memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati semua rakyat,"

"Secara tidak langsung dapat mewujudkan masyarakat yang cintakan negara dan sanggup berkorban dan bekerja keras demi menjamin keamanan, kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran negara pada jangka masa panjang," katanya.

Logo Hari Kemerdekaan ke-57 direka oleh Abdul Mutalib Abd. Rahman, seorang pereka grafik disebuah syarikat swasta. Beliau membawa pulang RM7,000 beserta dengan sijil penghargaan.

RASIONAL LOGO

Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Angka 57 membawa maksud ulangtahun ke-57 kemerdekaan Malaysia. Sekaligus menjadi lambang kematangan negara dibawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecermerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda.

Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan sehingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.

Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.

Tema 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.

MAKSUD WARNA LOGO

Warna Merah-Lambang keberanian dan kesetiaan pada negara yang tercinta.

Warna Biru-Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum.

Warna kuning- Lambang kedaulatan negara dibawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.

Warna putih-Menjadi perlambangan kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.




Thursday 21 August 2014

MINYAK PRODUK MELAYU!

Orang Melayu tempatan bumiputera ada keluaran MINYAK?
Percaya atau tidak, memang betul.

Sering kali kita terdengar berita atau khabar angin bahawa minyak jenis paket yang ada di pasaran ini kebanyakkan adalah minyak yang sudah di pakai, atau minyak yang tiada kualiti seterusnya membuat kita berasa was-was untuk memakai minyak jenis paket.

Jadi kepada mereka yang masih tidak mampu membeli atau berpendapatan rendah untuk membeli minyak botol seperti jenama melayu Saji, Alif, Adela, Tiara dan Olife. Disini kami nak memperkenalkan satu minyak jenis paket buatan Felda yang mudah didapat di Tesco(milik Sime Darby) iaitu Minyak Cap Tiga Udang. 

Minyak ini dijamin kebersihannya. Buatan Felda hak milik anak tempatan melayu bumiputera Islam, InsyaAllah Felda pasti tidak akan menganaya saudara sesama Islamnya sendiri seperti mana cina hanya mementingkan keuntungan semata-semata dan mengenepikan ciri-ciri kebersihan dan kualiti minyak jenis paket. Sokong minyak paket Felda Cap Tiga Udang!

Lepasni, confirm aku akan cari minyak paket ni. Tapi yang susahnya. Paket susah nak jumpa berbanding botol. huhuhu...







Monday 18 August 2014

SOKONG BUMIPUTERA PRODUK

Assalammualaikum dan Selamat Pagi. Lama tak update cerita kat blog ni. Oklah, saja nak share. Last week aku pergi shopping. Nak kata pergi shopping, tak juga sebab tak beli apapun. Hanya mencuci mata. Tengah jalan sorang2, aku ternampak kedai makanan. Nampak pulak resipi ikan keli sambal. Aku pun beli la untuk makan tengahari aku. Lepas dari berjalan cuci mata, masa dalam kereta. Aku terpikir, ada tak makanan ikan keli dalam bentuk tin? So, aku pun surfing internet untuk mencari produk ikan keli tin. Tidak aku sangka terjumpa pulak produk tin ikan keli sambal. Barangan produk tempatan pulak. 

Jadi aku nak share pada korang yang aku jumpa adalah Produk Damia. Aku akan cuba cari produk ini dan akan rasakan macam citarasa produk ini. Apepun kita sokong barangan BUMIPUTERA.

Damia
Sambal ikan Keli.



DAMIA PRODUK BUMIPUTERA

Thursday 7 August 2014

FAKTA ATAU AUTA

Assalamualaikum dan Selamat Pagi dan Salam Jumaat.

BOIKOT!. BOIKOT!. BOIKOT!.
Itulah yang terjadi hari ini dinegara kita sekarang. Boleh dikatakan revolusi boikot barangan yang menyalurkan sumbangan kepada negara Yahudi. Manakan tidaknya serangan yang tidak berperikemanusian Israel terhadap Palestin. Pembunuhan kejam terus kepada orang awam. Teruskan memboikot semua!.

Untuk hari ini, aku nak sharekan FAKTA dimana kaum melayu yang mendominasi membelanjakan wang untuk belian barangan orang bukan Islam. Ini terbukti mengikut statistik yang telah dijalankan oleh pihak yang peka. 

Kuasa membeli melayu terbesar dlm negara, berjumlah kira2 RM4billion sebulan. Jika semua Melayu Islam utamakan membeli barangan Melayu, nescaya ekonomi cina cauvinis dan yahudi israel akan merudum dengan teruk. Oleh itu, sama2 kita kitarkan wang sebanyak RM4billion sebulan itu masuk kepada peniagaan Melayu Islam supaya ekonomi Melayu Islam terus maju.

Kesimpulannya, aku tetap menyokong barangan Melayu Tempatan. Mulakan perjalanan memboikot barangan bukan hak milik melayu atau islam!..

Tuesday 5 August 2014

BOIKOT BARANGAN YAHUDI

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Dah sarapan? Kalau belum jom kita bersarapan dulu dan kepada sesiapa puasa 6, selamat berpuasa. Tak salah kalau nak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.

Berita terkini ramai yang memboikot barangan buatan Yahudi atau dalam erti kata lain yang berkaitan dengan Yahudi. Manakan tidak, aku yang melihat dalam berita, online, media elektronik semua kaitan dengan peperangan di Gaza. Mata siapa yang sanggup melihat apa yang telah terjadi disana. Kanak-kanak kecil, golongan hawa, orang tua. Semua ditindas dan dibunuh dengan kejam.

Dengan ini, aku menyokong pihak yang memboikot barangan Yahudi. Jom pakat ramai-ramai boikit terus dan jangan gunakan barangan Yahudi.

JOM BOIKOT PRODUK YAHUDI!!!...

Friday 1 August 2014

Sokong BUMIPUTERA ISLAM

Boikot Mee BUKAN BUMIPUTERA ISLAM!
1. Ruski 
2. Salam Mie 
3. Cintan 
4. Vits 
5. Mamee 
6. Mi Pama
7. IndoMee
8. Maggi

Mi Segera milik melayu jati bumiputera Islam
1. Saji Mee
2. Agromas
3. Adabi
4. Faiza



Selamat pagi kawan-kawan. Macam raya untuk hari ini? Ada dapat undangan rumah terbuka? Aku xdapat pun cuma undangan kawan sepejabat saja.

Ok post untuk hari ini adalah untuk memberitahu bahawa kita orang islam mempunyai barangan sendiri. Jadi kita kena sokong produk BUMIPUTERA sendiri. Boikot barangan yang tidak halal. Ini lah masa untuk kita bersatu padu dalam membentuk Islam yang kuat. Jangan biarkan kaum lain menindas Islam.

Akhir kata selamat hari raya aidilfitri. Ingat raya ada 30hari.hihih..

Maaf zahir dan batin.