Nuffnag Ads

Sunday 19 October 2014

Diet oh Diet

Salam semua. Lama kita tak bertemu. Macam biasa lah kesibukan bekerja. Lumrah zaman sekarang, kerja adalah perkara paling utama. Sedangkan aku kerja berterusan selama 2 minggu baru-baru ini.

Oklah disebabkan kekesibukan kerja, aku dapat ilham untuk bercerita tentang diet.
Kalau korang nak tau masyarakat di Malaysia punyai ramai pelaku diet yang mengambil keputusan menjalani diet karbohidrat. Cara macam ni, memang mudah dan cepat. Maklumlah makanan karbohidrat seperti nasi, mee, kentang dan lain-lain. Persoalannya, tahukah korang badan kita memerlukan karbohidrat?

Cara untuk kita tidak tersalah diet, jom kita kenal pasti masalah yang akan timbul jika korang amalkan diet karbohidarat ini.

Pertama : Gangguan emosi.

  • Kalau kita kurang karbohidrat, masalah gangguan emosi pasti akan berlaku. Daripada kajian bacaan aku bahawa karbohidrat yang berfungsi dalam menghasilkan hormon bahagia. Golongan ini mudah mrah, letih dan berada dalam tekanan. Malah hati mereka sering tidak tenang dibandingkan dengan mereka yang makan secara normal.
Kedua : Nafas berbau.
  • Golongan yang mengamalkan diet karbohidrat ini akan mengalami nafas berbau. Ketika diet ini dijalankan, tubuh badan kita akan membakar lemak dan dalam masa yang sama ia melepaskan zat kimia yang dipanggil "ketone". Kalau korang nak tau "ketone" inilah yang keluarkan melalui urin dan bau mulut. Berus gigi atau berkumur pun tak mampu hilangkan bau.
Ketiga : Masalah penghadaman.
  • Kesan ini paling buruk yang aku rasa. Ini kerana pengamal diet ini akan mudah mengalami sembelit. Ini terjadi perubahan metabolik pada saluran pencernaan.
Keempat : Mudah pening.
  • Otak kita sama seperti tubuh badan. Ia memerlukan karbohidrat lah yang menjadikan tenaga dan glukosa. Kalau otak kita tidak memperoleh bekalan tenaga yang dikehendaki maka secarra automatiknya ia tidak mampu bekerja dengan baik.
Kesimpulan dekat sini, aku nak bagitau berhati-hatilah kalau nak memilih diet, ini kerana tidak semua diet memberi kesan yang baik pada tubuh badan.
Ilusi sahaja