Nuffnag Ads

Thursday 31 July 2014

Salam Dunia, Salam Semua, Salam Raya

Assalam dan selamat pagi semua dan selamat hari raya aidilfitri.

Macam mana hari raya pada tahun ini? Seronok, gembira, sedih, duka atau moody?.
Pada aku, raya tahun ini sangat gembira kerana beraya dengan seorang putera dalam keluarga aku. Aku rasa seronok bila semua adik beradik dan ibu ayah melihat telatah si kecil. Nampak jelas keriangan di raut wajah ibu bapa.hihihi...

Tapi hari ini, aku dah masuk kerja. Sangat la malas nak bergerak nak ke tempat kerja. Sebab majoriti semua masih bercuti. Manakan tidak, aku orang baru dalam syarikat ini. Maka terpaksa berkorban masa raya bersama keluarga untuk komitmen kerja. Chewah!.

Tapi apakan daya, ia adalah tugasan. Sebelum akhir kata, nak minta maaf sebab gambar semua dekat phone isteri. Insyaallah dapat peluang, aku akan share untuk tontonan umum.

Akhir kata, Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas dari,
Doremon.



*SELAMAT BERKERJA KEPADA SESIAPA YANG BERKERJA. =)

Thursday 24 July 2014

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Ho--Ohhh Balik Kampung!!!..


Salam Jumaat dan Selamat Pagi Semua!..

Lama x mengupdate cerita. Maafkan sebab atas segala kesulitan yang berlaku.
Nak cerita pun tidak ada yang menarik. Cuma satu 1 je, selama sepanjang bulan puasa aku sangat sibuk dengan kerja. Macam-macam program yang dianjurkan di tempat kerja. Memang banyak memberi pengalaman.

Sebelum terlupa, aku nak ucapkan selamat pulang beraya kepada semua yang berhari raya. Berhati-hati ketika perjalanan pulang berhari raya. Ingatlah kepada orang yang tersayang. Tahun ini, aku beraya di kampung keluarga sendiri dan insyaallah selang raya ketiga beraya kerumah mak mertua. Tahun kedua beraya bersama keluarga dan yang paling seronok penambahan ahli keluarga, iaitu anak. =)


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

Akhir kata, aku nak memohon maaf dari hujung rambut ke hujung jari segala kesilapan selama kita berhubung, berbahasa dan sebagainya.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.
kosong-kosong dari Doremon.




Monday 14 July 2014


Assalam dan selamat pagi.

Salam Nuzul Al-Quran.
Maaf lama x update info.
Banyak perkara yang kena buat. Terlalu sibuk dengan kerja.

Insyaallah akan sentiasa update.

Apapun sekali lagi, SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN.

ikhlas dari Doremon.