Nuffnag Ads

Thursday 27 March 2014

Perjalanan Pertama Doremon

Assalammualaikum WBT...

Selamat datang ke laman blog SUkaMakanAngin.
Sebelum itu, biarkan diri ini berbahasakan sebagai Doremon..kalau gunakan saya,macam skema,kalau aku macam kasar. So Doremon lebih baik. Ini adalah permulaan buat Doremon untuk mengendali blog. Doremon bukan tahu menahu tentang blog. Tetapi hanya hendak mencuba dan terus menggunakannya.

Hendak ceritakan tentang peribadi?..ermmmm baiklah, Doremon seorang lelaki sejati dan tulin. Berumur 27tahun, lahir pada tahun 1987, dimana tarikh lahir Doremon selalu disambut oleh seluruh dunia. Berasal dari negeri Selangor daerah Hulu Selangor. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata yang baru melihat dunia. Doremon bekerja di sektor swasta dan lokasinya adalah biar la RAHSIA. 

Doremon menggunakan nama SUkaMakanAngin kerana, memang Doremon seorang yang suka makan serta suka memasak jikalau mood hendak memasak datang, tapi selalunya memang Doremon akan memasak bila selepas balik kerja, bukan apa sebab hendak meringankan beban si isteri, romantik bukan?.

Untuk pengetahuan umum, blog yang dicipta ini adalah untuk menceritakan menu pilihan yang ada di Malaysia. Tidak kira menu itu pilihan orang ramai atau tidak. Rakyat Malaysia pun tahu, di Malaysia mempunyai banyak produk pilihan tersendiri. Maksudnya, pengeluar makanan atau minuman, contohnya salah satu Nestle,Adabi,Cocoaland dan sebagainya.

Baiklah, sampai disini coretan pembuka kata. Insyaallah esok jumpa lagi......
Salah silap harap diampunkan.
BYE2